
Resolution of a Force
A
force is a vector
quantity which has both magnitude (size) and
direction. Thus, the operations (for example, addition and
subtraction) carried out on forces
are not merely taking two numbers and adding / subtracting them. As
directions are involved, angles have to be taken into consideration
when performing operations on forces
(and other vector quantities).
The resolution of a force
is the separation of a single force
into its components with different directions - usually
perpendicular to one another. The resolution (separation) of a force
into its components facilitates (helps in) the
computations / calculations needed to be carried out.
Very often, trigonometry
is used to help resolve forces
into their components.
Consider the following:
The object (block) of mass,
m, is resting on a horizontal plane. The object has the force
of gravity (weight,
W = mg) acting upon it. Weight
is a force
that acts directly straight down to the centre of the Earth
- a vector
quantity represented by the red
arrow.
Click on the diagram to
continue.
Resolusi / Peleraian Daya
Daya
merupakan kuantiti
vektor yang mempunyai magnitud
dan arah. Justeru itu, operasi (seperti hasil tambah dan hasil
tolak) yang dilakukan ke atas daya
bukan semata-mata mengambil dua nombor dan menjalani proses campur
atau tolak. Oleh kerana arah perlu dipertimbangkan, sudut-sudut
perlu diambil kira apabila melakukan operasi ke atas daya
(dan kuantiti-kuantiti vektor yang lain).
Resolusi daya
merupakan peleraian satu daya
kepada komponen-komponennya dalam arah berlainan - lazimnya pada
arah bersudut tepat dengan satu sama lain. Resolusi (peleraian) daya
kepada komponen-komponennya memudahkan
pengiraan / komputasi yang perlu dilakukan.
Biasanya trigonometri
digunakan untuk membantu meleraikan daya
kepada
komponen-komponennya.
Apabila sebuah objek diletakkan pada satah mendatar, ia akan
mengalami daya
graviti
(berat, W = mg). Berat merupakan daya
yang
bertindak secara menegak - terus ke arah pusat Bumi.