
Nektar / Madu Bunga

Madu bunga / Nektar dihasilkan dalam
nektari bunga. (Lihat gambarajah di atas. Untuk mengetahui
bahagian A dan B bunga, klik pada / sentuh DI SINI
atau pada gambarajah di atas.)
Nektar / Madu bunga adalah manis dan ia menarik agen
pendebungaan seperti serangga (lebah dan rama-rama) dan burung.
Nektar merupakan makanan dan membekalkan tenaga kepada mereka.
Sebaliknya,
nama "agave nectar" diberikan kepada sap dalam teras
atau pina pokok sisal (agave). Pokok sisal (agave) biasa
dijumpai di Mexico. Sap tumbuhan ini mengandungi
karbohidrat yang boleh diuraikan kepada gula melalui
proses pemanasan. Nektar agave (sisal) boleh digunkan
untuk membuat sirap, antara lain.
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila
tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.