Hmong /
Miao 苗族 miáo zú merupakan salah satu
daripada 56 suku
kaum di negera China.
Mereka juga merupakan salah satu daripada 49
suku kaum di negara Laos.
Dipercayai bahawa di antara 4000 SM (Sebelum
Masehi) sehingga 3000 SM, kaum Hmong / Miao 苗族 miáo
zú menetap di wilayah Hebei (河北 hé běi) di
negara China
(中国zhōng guó).
Apabila bilangan penduduk Han China
bertambah, mereka berkembang dan menguasai
kawasan Hmong / Miao
苗族 miáo zú.
Akibatnya, kaum Hmong /Miao
苗族 miáo zú
diusir ke bahagian selatan dan tenggara negara China.
Semasa Dinasti Qing, beribu-ribu
orang Hmong / Hmong
/Miao 苗族 miáo zú
dihalau lebih jauh ke
selatan - ke Asia Tenggara (seperti negara Laos,
Myanmar, Vietnam
dan Thai).
Gambar-gambar di bawah menunjukkan seorang remaja
Hmong di Laos yang fasih menggunakan komputer dan juga
fasih mengendalikan traktor.