
Kesusilaan
Sesetengah individu berpendapat bahawa kesusilaan atau moraliti
adalah sesuatu konsep yang sukar ditakrifkan dan dijelaskan. Ada
pula yang mempermudahkan ertinya. Bagaimanapun, boleh dikatakan
bahawa kesusilaan mempunyai kaitan dengan cara kita patut hidup di
dalam sesebuah masyarakat. Cara hidup kita ditentukan oleh
beberapa fakta - antaranya, ideologi kita tentang apa yang betul
dan apa yang salah; perasaan empati dan simpati kita untuk orang
lain; dan jangkaan serta undang-undang masyarakat yang kita
patuhi. Kesusilaan mengawal kelakuan kita. Agak menarik juga
bahawa agama dan kebudayaan yang berbeza mengamalkan
prinsip-prinsip dan nilai-nilai moral yang berlainan.