Mazu
妈祖 mā zǔ
Mazu
merupakan Dewi Laut China. Mazu melindungi mereka
yang pergi ke laut, umpamanya pelaut dan nelayan.
Mazu disanjung di Taiwan dan Fujian di negara
China.
Menurut lagenda, Mazu hidup sebagai seorang gadis di
tepi laut semasa Dinasti Song.
Dia merupakan perenang yang handal. Dia juga
mempunyai banyak pengetahuan mengenai pasang surut
air laut dan angin. Mazu menggunakan kebolehannya
untuk membantu pelaut dan nelayan dalam keadaan
merbahaya. Pada suatu hari, bapa dan abang Mazu
pergi ke laut. Malangnya, perahu mereka karam. Mazu
terus
bekejar untuk membantu. Mazu berjaya
menyelamatkan abangnya tetapi gagal menolong
bapanya. Mazu cuba sedaya upaya untuk
mencari bapanya. Tiga hari kemudian, dia
menemui bapanya tetapi bapanya telah mati
lemas. Sejak hari itu, Mazu
mendedikasikan
hidupnya untuk membantu mereka yang berada
dalam keadaan merbahaya di laut.
Mazu
kemudiannya
ditingkatkan menjadi Dewi Laut. Mazu
dihormati dan disembahyangi oleh ramai
nelayan, pelaut dan mereka yang percayai
akan rahmatnya semenjak itu.
Nota:
Nama
Dewi Laut Rom ialah Salacia.
Nama Dewi Laut Yunani ialah Amphitrite.
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan
Kongsikannya. Terima kasih.