Kapal Taiping
Pada 27hb
Januari 27, 1949, kapal Taiping
seberat 2,489 ton meninggalkan
dermaga Shiliupu
di Sungai
Huangpu
di Shanghai, China.
Di atas kapal adalah 124
orang anak kapal, 508 penumpang yang membayar, dan
300 penumpang yang tidak membayar. Gambar foto di bawah
menunjukkan Shanghai di tebing Sungai
Huangpu
pada hari ini.

Kapal
Taiping berlayar menuju Keelung di Taiwan. Hari
tersebut merupakan dua hari sebelum Perayaan
Tahun Baru Cina.
Dalam perjalanan itu, kapal Taiping berlanggar
dengan sebuah kapal kecil bernama Jianyuan.
Tidak sampai sejam selepas pelanggaran, kapal
Taiping tenggelam membawa bersama anak-anak kapal
dan penumpang-penumpangnya. Kejadian tersebut
berlaku di perairan wilayah Zhejiang
浙
江
berdekatan
Baijie Shan. Hanya 34 orang yang terselamat.
(Ada laporan yang mengatakan bilangan yang
terselamat ialah 37.)
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan
Kongsikannya. Terima kasih.