
Batu Suratan Tiga Bahasa
Galle

Sebahagian besar maklumat yang digunakan
dalam knol ini diperolehi daripada Muzium "Colombo National
Museum of Sri Lanka" di mana batu bersurat ini disimpan dan
dipamerkan. Batu bersurat ini telah diukir di Nanjing, negeri China, pada zaman pemerintahan Maharaja
Dinasti Ming yang bernama Yong Le. Batu ini kemudiannya diangkut
oleh Laksamana Zheng
He
ke Sri Lanka. (Pada suatu masa
dahulu Sri Lanka dikenali sebagai negeri Ceylon). Pengangkutan
ini direkodkan telah berlaku dalam pelayaran Zheng
He kedua
dari negeri China. Terdapat juga rekod yang menyatakan
bahawa batu ini telah didirikan di Galle pada tahun 1411. Galle terletak di tenggara Sri Lanka.
Jarak di antara Galle dan bandaraya Colombo adalah sedikit
lebih daripada 100km.
Batu
bersurat ini diinskripsi dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Tamil dan
bahasa Parsi. Menurut penjelasan yang terdapat di dalam Muzium "Colombo National Museum
of Sri Lanka" (sila lihat gambar
di bawah)
⚒
teks Cina menghuraikan doa / kata-kata
restu Buddha
⚒
teks Tamil adalah mengenai doa /
kata-kata restu dalam agama
Hindu
⚒
tulisan Parsi adalah mengenai "cahaya agama
Islam".
Sekira knol ini memanfaatkan anda,
sila tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.