Dalam
bidang Fizik, kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya
dan jarak dalam arah daya.
Unit bagi kerja ialah Joule, J, atau Newton-meter, Nm.
Kerja, W = Daya,
F X Jarak (dalam arah daya),
d
Dalam kes-kes di mana daya
, F, yang dikenakan bukan dalam arah yang sama dengan jarak objek
bergerak, komponen daya
digunakan untuk menentukan Kerja yang dilakukan.
Sebagai contoh, sekiranya daya
yang dikenakan adalah pada sudut θ dari garis satah (mendatar),
Kerja yang dilakukan, W = Fcosθ X d