The
state of Penang is interesting as it is divided into two parts by
the Straits of Melaka. When the name "Penang" is mentioned, people
tend to think of the island. They often forget that there are many
interesting places to eat and visit on the "mainland" part of the
Penang state itself.
Founded by a
British - Sir Francis Light - the island of Penang was once known
as the "Prince of Wales Island". Penang became well known as it
was once a part of the Straits Settlement of the British. In
addition, it also flourished as a "free port" in the years after
the Independence of Malaya (until the late 1960's). In the 1970s
and 80s, Penang attracted a multitude of electronic factories from
many parts of the world. It was nicknamed the "Silicon Island of
the East".
Negeri
Pulau Pinang agak menarik kerana ia dibahagikan kepada dua
bahagian oleh Selat Melaka. Apabila nama Pulau Pinang disebut,
kebanyakan orang memikirkan pulau pelancongan yang terkenal.
Ramai yaang lupa tentang bahagian negeri yang terletak pada
semenanjung yang juga tidak kurang tempat makan dan melawat.
Ditemui oleh Sir Francis Light, seorang peneroka British
terkenal, Pulau Pinang pernah digelar Pulau Putera Wales
("Prince of Wales Island"). Pulau Pinang menjadi terkenal
apabila ia menjadi sebahagian Negeri-negeri Selat. Tambahan
pula, Pulau Pinang berkembang maju sebagai pelabuhan bebas
selepas kemerdekaan negara Malaya - sehingga tahun 1969. Dalam
tahun 70an dan 80an, Pulau Pinang menarik pelbagai kilang
elektronik daripada merata dunia. Ia juga diberi nama Pulau
Silikon.
Pada tahun 2008, ibunegeri Pulau Pinang iaitu Georgetown
telah mencapai status Tapak
Warisan Dunia UNESCO.
Hari ini Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan
utama. Ia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang diminati ramai. Klik / Sentuh
di sini untuk makanan Pulau
Pinang.