Nombor Fibonacci
斐波那契数列 fěi bō nà qì shù liè
Nombor Fibonacci juga dikenali sebagai Jujukan Fibonacci 斐波那契数列 fěi bō nà qì shù liè.
Asal Usul:
Leonardo Fibonacci (Leonardo
dari Pisa)
Aktif: 1175 - 1250
selepas Masehi
Dalam jujukan Fibonacci, dua nombor yang pertama
adalah 0 dan 1. Nombor ketiga adalah hasil tambah dua nombor
sebelumnya, iaitu 0+1 = 1.
Nombor berikutnya ialah hasil
tambah 1+1 iaitu 2. Nombor berikutnya ialah 1+2=3 dan yang
berikutnya ialah 2+3=5, dan sebagainya.
Dengan demikian, jujukan Fibonacci
ialah
0,1,1,2,3,5,8,13,21,...