Tan Sri Tony
Fernandes
Beliau
membeli AirAsia
daripada kerajaan Malaysia pada kadar yang amat murah.
Tony Fernandes kemudian membentuk semula dan mereformasikan
perniagaan tersebut lalu menghasilkan syarikat penerbangan
jarak pendek tambang murah. Setelah mencapai kejayaan dalam
masa yang singkat, Tony mengembangkan perniagaan itu kepada
penerbangan jarak panjang. Berikutan itu, terbentuklah Air
Asia X. Kedua buah syarikat penerbangan tersebut telah
diurus, dijenamakan dan dipasarkan secara berasingan.
Hasilnya ialah perniagaan yang bersinergi dan menguntungkan.
Selain
daripada mempunyai visi / wawasan, faktor-faktor kejayaan
Air Asia termasuk masa atau waktu perputaran (turnaround
time) yang pendek dan kecekapan. Tony Fernandes menganggap
kejayaan Air Asia berpunca daripada pekerja- pekerjanya.
Beliau meletakkan kepentingan pekerja di atas kepentingan
pelanggan kerana menurut beliau, "dengan adanya
pekerja-pekerja yang bahagia, pelanggan-pelanggan akan
dijaga dengan baik". Tony mengamalkan pengurusan secara
berjalan-jalan.
Selain
daripada itu, Tony lazim bekerja pada peringkat bawah dan
bersama anak-anak kapal. Fokus beliau adalah untuk
mengekalkan kebahagiaan pekerja dan megambil pekerja-
pekerja yang rendah hati dan bermotivasi.
Impian
Tony Fernandes untuk memulakan syarikat penerbangan tambang
rendah utama Asia sudah tercapai.
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan
Kongsikannya. Terima kasih.