
Istillah Bahasa Inggeris
"Ramen Profitable"
Ramen
merupakan nama yang diberikan kepada
1) mi cepat masak, dan juga
2) hidangan mi sup Jepun, seperti yang terpapar dalam gambar
di atas.
Istillah Bahasa Inggeris "ramen profitable" digunakan untuk
menghuraikan sebuah perniagaan yang baru mula menjana
keuntungan. Akan tetapi, keuntungan "ramen profitable"
ini hanya cukup untuk menanggung peniaga dan peniagaannya.
Perkataan ramen dalam istillah ini merujuk kepada maksud
pertama, iaitu mi cepat masak, yang lazimnya murah.
Yakni, peniaga yang mendapat keuntungan "ramen profitable"
hanya mampu makan ramen dan bukan hidangan masakan yang lebih
mahal.