Qi
气 qì
Qi 气 qì dahulunya dieja chi. Ramai orang Cina dan sesetengah orang berbudaya Timur percaya dengan tenaga semulajadi dalaman atau daya vital (penting) yang mengalir melalui jirim. Tenaga atau daya ini dikenali sebagai qi. Apabila diterjemahkan daripada bahasa Cina, qi bermaksud "nafas" atau "udara". Qi juga boleh bermakna "kesihatan". Qi Gong pula ialah sistem penjagaan kesihatan Cina purba (baca juga: perubatan China tradisional) yang menyepadukan postur (kedudukan badan), teknik pernafasan dan fikiran terfokus. Penciptaan latihan Qi Gong 气功 qì gōng, khususnya senaman "Telatah Lima Binatang" atau Wuqinxi 五 禽戏 wǔ qín xì dikaitkan dengan Hua Tuo华 陀 huà tuó.
Qi juga merupakan nama yang diberikan kepada piawaian mencas tanpa wayar yang menggunakan "gandingan beraruhan resonans".
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.