Perayaan Roh-Roh Lapar dikenali sebagai Zhong Yuan Jie dalam
bahasa China. Pada hari pertama bulan ketujuh kalendar China
(kalendar qamari), gerbang dunia roh akan dibuka. Roh-roh
yang berkelakuan baik dibenarkan masuk dan merayau di dalam
dunia manusia.
Pada bulan ini, masyarakat Cina yang beragama Taoisme akan
menjalankan pelbagai aktiviti untuk memujuk roh-roh yang
berada di dunia manusia.
Di antaranya,
⏵ mengamalkan sembahyang; menawarkan makanan dan hiburan
(opera Cina);
⏵ membakar dupa/kemenyan serta kereta dan rumah kertas;
⏵ menegakkan tiang berlampu / bercahaya; dan
⏵ mengapungkan lampu-lampu / cahaya di atas air.
Perayaan
dan pemujaan yang paling besar berlaku pada pertengahan
bulan. Pada akhir bulan perayaan ini, roh-roh akan kembali
ke dunia mereka dan pintu dunia roh akan ditutup semula...
sehingga tahun yang berikutnya.