
Buluh
竹 zhú
Buluh,
sejenis rumput liar, ialah tumbuhan
monokotiledon. Buluh tumbuh di jurang-jurang dan tepi-tepi
gunung. Terdapat lebih daripada 1,400 spesis buluh di dunia
ini. Akan tetapi, hanya tujuh spesis merupakan sumber
alam semulajadi
yang digunakan oleh manusia. Oleh kerana buluh berongga, ia
ringan. Buluh juga mudah lentur dan kuat. Terdapat buluh
sekuat keluli. Oleh yang demikian, terdapat banyak kegunaan
buluh; di antaranya
o rakit
o bahan pembinaan
o barang hiasan
o alat-alat muzik
o senjata
o bekas makanan
(nasi).
Nota menarik: Sesetengah
spesis buluh boleh tumbuh pada kadar yang mengkagumkan iaitu:
2.4 cm (atau 1 inci) sejam.
Sekira knol ini memanfaatkan anda,
sila tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.